1. Bagaimana anda dapat mengukur perbelanjaan yang telah diberikan oleh pihak Mara kepada pelajar2 MRSM? Adakah perbelanjaan yang diberikan itu telah dapat menghasilkan kualiti pendidikan yang tinggi kepada negara?
Kewujudan MRSM adalah sebagai alternatif sistem pendidikan Bumiputera buat negara kita. Kelahiran MRSM telah menyumbang kepada kelahiran lebih ramai pelajar Bumiputera yang cemerlang dalam pendidikan dan ini dapat dilihat apabila MRSM telah berjaya melahirkan sejumlah besar pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Pengenalan perkara baru seperti sistem homeroom serta kaedah pengajaran yang lebih bersifat terbuka telah mencetuskan fenomena baru dalam sistem pendidikan. Hasilnya, kepintaran dan daya inkuiri pelajar dapat dilahirkan serta seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan akademik.
Perbelanjaaan dalam pendidikan ialah pelaboran dalam sumber manusia pada masa hadapan dan ilmu yang didapati semasa menimba ilmu dapat meningkatkan produktiviti sseorang dan dapat meningkatkan nilai dalam pasaran buruh dan meningkatkan pendapatan. Pelaburan dalam pendidikan boleh dilakukan dengan membuat perbandingan antara kos yang dikeluarkan bagi perbelnajaan pendidikan dengan faedah yang didapati hasil dapada pelaburan pendidikan. Pelaburan ini dapat dikira melalui kadar pulangan persendirian dalam pendidikan dan kadar pulangan masyarakat dalam pendidikan.
Kos langsung yang dikeluarkan oleh MARA untuk pelajar-pelajar MRSM tidak boleh dikira atau ditentukan oleh angka yang tepat. Kos makan untuk seorang pelajar adalah RM16 ( RM10 untuk makan tengahari dan malam dan RM6 untuk sarapan, minum pagi dan supper) yang dikenakan pada ibubapa adalah RM60 sebulan tetapi jumlah kutipan akan dikembalikan semula kepada maktab dalam bentuk wang caruman dimana ia boleh digunakan untuk membiayai aktiviti-akitiviti kecemerlangan pelajar. Manakala sebulan gaji guru, gaji pekerja ( kerani, juruteknik, pegawai tadbir, pembatu makmal dan pembantu am rendah juga patut diambilkira dan ditambah pula kos pembelian bahan bacaan, pengendalian aktiviti kurikulum dan kokurikulum, bahan makmal, computer, kertas serta bayaran bil air, elekrik, internet, astro, telefon, fax, bas dan bermacam-macam lagi perbelanjaan untuk mempastikan maktab dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Dengan perkataan lain, kos perbellanjaan untuk satu orang pelajar sahaja mungkin mencapai RM10000 sebulan! Perbelanjaan ini tidak dapat diukur kerana ia melibatkan kos langsung dan tidak langsung seperti yang disebut diatas.
Perbelanjaan yang dikeluarkan oleh MARA untuk pelajar MRSM adalah pelaburan dalam Modal Insan Bumiputera atau lebih tepat untuk bangsa Melayu. Faedah langsung dari pelaburan ini boleh dilihat dari aspek pendapatan pada masa akan datang hasil daripada melanjutkan pelajaran keperingkat tinggi. Pertambahan ini timbul hasil dari peningkatan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dapat menyumbang peningkatan dalam produktiviti individu ataupun hasil daripada keupayaan mencipta serta mengeluarkan barangan atau perkhidmartan. Faedah bukan kewangan pula dinilai dari aspek personal dimana individu akan berasa puas dengan pengetahuan yang ada dan dapat digunakan untuk mematangkan diri, mempunyai pemikiran yang rasional dan berpandangan jauh dan global berbanding dengan golongan yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi.
Menurut pandangan saya, perbelanjaan yang dikeluarkan oleh MARA telah menghasilkan pendidikan berkualiti di negara kita. Perbandingan boleh dibuat diantara sekolah berasrama penuh kementerian pelajaran dan MRSM dan terbukti dari aspek prestasi akademik MRSM lebih cemerlang dan menghasilkan lebih ramai calon SPM yang mendapat semua A. Bagaimanapun pendidikan berkualiti bukan hanya diukur dari aspek pencapaian akademik sahaja. Berdasarkan indicator pendidikan berkualiti, terdapat lima domain yang boleh diambil sebagai pengukur kualiti pendidikan MRSM.
Berikut adalah indicator pendidikan berkualiti:
1. Mewujudkan penglibatan yang bermakna- maktab merancang dan menjalankan program-program yang bermakna dimana pelajar dapat melibatkan diri secara total iaitu dari segi emosi, fizikal, intelek dan social. Beberapa contoh program yang bermakna dan relevan adalah seperti program khidmat masyarakat, amali haji dan sembelihan dan kem kepimpinan serta menjalani program Schoolwide Enrichment Model.
2. Membangunkan hubungan interpersonal- guru menggunakan pendekatan cooperative and kolaboratif untuk memberi peluang kepada pelajar untuk membangunkan hubungan sesama mereka. Kelas yang berpusatkan pelajar memberi ruang kepada pelajar untuk memperbaiki kemahiran komunikasi dan meningkat keyakinan untuk berinteraksi dengan rakansebaya.
3. Mewujudkan pembangunan ilmu- di maktab kami pelajar diberi peluang untuk menggunakan ilmu yang dipelajari dalam konteks yang berbeza dan mendalami ilmu itu dengan lebih mendalam. Contoh; pertandingan membuat roket, rekacipta, inovasi ataupun memberi peluang kepada pelajar untuk menjalankan program yang menggunakan apa yang dipelajari di bilik darjah semasa minggu aktiviti.
4. Bertindakbalas kepada ekspetasi dan maklumbalas- pelajar ditanamkan dengan keyakinan diri sendiri dan berusaha untuk memperbaiki diri atas inisiatif sendiri. Guru sentiasa memberi maklumbalas terhadap perbezaan antara individu dari aspek gaya pembelajaran dan kepelbagaian kecerdasan. Dari itu, pelajar tidak akan berasa di ketepikan.
5. Nilai yang pelbagai- semua murid adalah sebahagian dari komuniti pembelajaran. Nilai hormat-menghormati antara satu sama lain amat ditekankan walaupun mempunyai latarbelakang keluarga dan pengalaman yang berbeza.
Kesemua domain diatas ada dijalankan disemua MRSM dan tahap indikator menunjukkan pendidikan berkualiti pula semestinya berbeza antara satu maktab dan maktab yang lain. Secara keseluruhannya, perbelanjaan yang di laborkan dalam pendidkan di MRSM adalah pelaburan yang kukuh. MRSM adalah institusi pendidikan yang mempunyai tarikan tersendiri dikalangan ibubapa diseluruh Malaysia, sentiasa menghasilkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan awam dan guru-guru mempunyai semangat yang tinggi untuk mengajar dan sentiasa belajar. Kemenjadian pelajar seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan MARA sentiasa menjadi fokus utama kerana ia adalah misi bangsa Melayu yang perlu direalisasikan. Jika kita guru Melayu tidak menyokong usaha MARA, siapakah yang boleh diharapkan lagi?
No comments:
Post a Comment