Wednesday, 8 May 2013

ULASAN ARTIKEL - 2


The effects of school culture and climate on student achievement
Pengarang:  Angus J Macneil, Doris L Prater and Steve Busch

Artikel diatas menerangkan kajian tentang korelasi budaya dan iklim sekolah dengan pencapaian pelajar dimana peranan pengetua ( secara langsung atau tidak ) adalah significan dalam pembentukannya . Kajian iklim sekolah  dilakukan terhadap tiga jenis sekolah iaitu Exemplary (  90% lulus ), Recognized (  80- 89% lulus ) dan Acceptable ( 50 –79% lulus )  dan diukur berdasarkan 10 dimensi iklim sekolah ( instrumen  Organizational Health Inventory)  iaitu  fokus matlamat, komunikasi, keseimbangan kuasa optimal, penggunaan sumber, kejelekitan, semangat, inovatif, autonomi, adaptasi , dan kebijaksanaan penyelesaian masalah . Hasil dari perbandingan skor ketiga-tiga sekolah  terdapat dua dimensi sahaja yang mendapat perbezaan skor yang ketara  iaitu fokus matlamat dan adaptasi. Kesimpulannya, dua dimensi  inilah yang perlu diberi perhatian utama apabila ingin membentuk iklim sekolah yang berfokuskan pencapaian pelajar. Matlamat organisasi sememangnya  perkara yang utama perlu dibuat oleh pengetua sebelum apa-apa operasi dapat dijalankan seperti yang dikatakan oleh Stephen Covey, “Begin with the end in  mind” adalah salah satu habit orang yang berkesan. Dari perspektif dimensi fokus matlamat, peranan pengetua untuk menjelaskan dan mempromosi matlamat sekolah melalui pelbagai kaedah adalah fundamental supaya halatuju sekolah dapat diterima dan disokong oleh warga sekolah. Setiap warga sekolah perlu mengetahui apa yang patut mereka lakukan untuk mencapai standard atau ekspektasi diri mereka untuk bergerak secara synergy dengan pengetua.
Manakala dari dimensi adaptasi, pengetua perlu mewujudkan struktur organisasi yang stabil yang dapat menangani tekanan dikalangan guru dan dari faktor luaran seperti desakan dari ibubapa atau masyarakat setempat dan pada waktu yang sama berjaya meningkatkan keupayaan sekolah untuk mengadaptasi. Penulis berpendapat, perubahan budaya adalah lebih efektif berbanding dengan perubahan struktur organisasi. Bagaimanapun untuk mengubah budaya yang telah sebati dikalangan komuniti sekolah bukanlah  mudah . Jika pengetua tidak bijak atau tidak menggunakan pendekatan yang sesuai dengan mereka, ia akan memberi kesan yang lebih buruk. Menurut Sergiovanni ( 2001 ), ia melibatkan penciptaan semula sejarah dengan mencipta nilai dan norma yang baru. Reculturing tidak akan berjaya tanpa menangani sekolah itu sendiri sebagai unit perubahan.  Dari itu, pengetua perlu bijak berinteraksi dengan iklim sekolah yang berpusatkan fokus matlamat dan adaptasi untuk membentuk suasana pembelajaran yang sihat dan kondusif. Walaupun dua dimensi ini adalah penting untuk memangkin kecemerlangan pelajar dan juga guru, kepimpinan holistik adalah lebih ideal kerana sekolah bukan sahaja berperanan memperkembangkan potensi individu tetapi juga perlu melengkapkan pelajar dengan pelbagai  kemahiran supaya mampu berdayasaing di era globalisasi ini.



Rujukan
Sergiovanni, T.J( 1987 ), The Principalship: A reflective practice perspective, ( 4th  ed. ), Allyn & Bacon, Inc

No comments:

Post a Comment